Pendaftaran Anugerah Gemilang 2020

1 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

31 Januari 2020 – Program Anugerah Gemilang Ekelas 2019 kini kembali lagi dimana Maxis akan memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar eKelas yang telah berusaha dan berjaya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran di sekolah.

Maka dengan itu beberapa hebahan telah diadakan di media sosial bagi memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa tentang peluang ini. PI Linggi turut menjemput pelajar untuk mendengar taklimat mengenai Anugerah Gemilang 2020 ini di PI Linggi dan pelajar yang layak digalakkan untuk memohon.

Permohonan harus dibuat secara atas talian dengan mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan. Oleh itu, PI Linggi membantu pelajar-pelajar ini cara mengisi Borang atas talian, cara memuat turun Slip peperiksaan bagi pertengahan dan akhir tahun 2019 dari SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) dan Cara untuk screen shot profile pelajar di portal Maxis eKelas sebagai bukti bahawa mereka adalah pelajar yang berdaftar Permohonan ini dibuka dari 9 Januari hingga 31 Januari 2020.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali